Wednesday, 7 September 2011

Khasiat Yang Terdapat Dalam Produk Sarang Burung

ZA'FARAN 
Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam  telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

KHASIAT ZA'FARAN
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
  • Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
  • Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
  • Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
  • Bengkak hati atau hepatitis A dan B
  • Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut 
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin
  • Masalah mati pucuk, sembelit
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, Insya' Allah
AKAR LALANG

Imperata cylindrica atau nama tempatannya lalang merupakan sejenis tumbuhan liar yang terdapat banyak di kawasan tanah terbiar dan di tepi parit, di kebun-kebun dan juga tumbuh liar di tepi jalan. Sebenarnya lalang hanya menjadi tumbuhan yang di anggap pengacau dan tidak mempunyai faedah. Tetapi, menurut kajian yang dibuat, didapati lalang tidaklah seperti yang disangkakan bahkan mempunyai faedah yang banyak daripada segi perubatan dan kesihatan.

KHASIAT AKAR LALANG
  • Boleh membantu menurun suhu badan ketika demam panas
  • Membantu mencuci buah pinggang
  • Dicampur dengan madu lebah untuk membantu memecah batu karang
  • Membantu menurunkan asid urik bagi pesakit ghout
  • Membantu mengurangkan kesan darah tinggi
  • Membantu merawat masalah saraf
  • Membantu merawat saluran kencing
  • Membantu menghilangkan batuk
  • Mambantu menghilangkan demam kuning
  • Membantu mengurangkan kesan pendarahan pada wanita (anti-viral)
  • Membantu mengurangkan masalah cirit birit serta masalah penghadaman
  • Sebagai ubat penenang
  • Sebagai ubat penyakit asma     
MADU         

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan daripada nektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar misalnya bunga. Madu disimpan pada sel-sel di dalam haif sebagai makanan.

Terdapat pelbagai jenis madu dan perbezaan bergantung pada warna, rasa dan kepekatan madu tersebut. Faktor pertama, warna nektar dan kandungan debunga yang telah bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada yang gelap. Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan, semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu tersebut.

                
KHASIAT MADU
  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
  • Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
  • Memulihkan penyakit berpanjangan.
  • Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  • Menyembuhkan penyakit dalam perut.
  • Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
  • Memulihkan batuk dan lelah.
  • Menghindarkan badan letih dan lesu.
  • Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  • Baik untuk perempuan bersalin.
  • Membantu/menerangkan pemandangan.
PEARL POWDER (SERBUK MUTIARA)

Serbuk Mutiara telah digunakan sejak berabad oleh permaisuri dari Dinasti Cina bertujuan memberikan wajah mereka yang pucat nampak berseri berkilau seperti mutiara. Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral-Kandungan yang paling bermanfaat: 20-22 jenis asid amino, termasuk 10 EAA (bahan pembinaan utama organisma hidup ). Asid amino: fungsi spesifik. Kekurangan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua & berkedut

KHASIAT PEARL POWDER (SERBUK MUTIARA)

  • Mencegah penuaan kulit
  • Membersihkan kulit
  • Menanggalkan kesan bintik akibat usia tua pada kulit
  • Memudakan kulit wajah
  • Menyahtoksikkan sistem badan
  • Menyingkirkan haba berlebihan daripada badan-Menenangkan minda & meringankan tekanan
  • Memberi tenaga / merangsang Qi badan
  • Mengatur semula metabolisme badan
  • Mengurangkan kegelisahan
  • Menenangkan hati
  • Merawat sakit kerongkong
  • Mengurangkan demam-Energize the body / stimulate the body’s energy ( Qi )
  • Membetulkan sistem saraf
  • Memperbaiki penglihatan
  • Merawat insomnia
  • Memperbaiki libido seksual di kalangan lelaki
  • Meringankan kekejangan hasil daripada angin dalaman
  • Berkesan bagi ketakutan, keresahan, palpitasi & insomnia
  • Mempercepatkan pembentukan tulang & kepintaran bayi



                                                                

1 comment:

  1. Slm..en zamri uptade la blog niee..
    Pastuee ayh tny bl nk dtg rmh..
    Dr Hj Amin Temerloh

    ReplyDelete